Sunday 17 April 2011

MAJLIS TADARUS AL-QURAN 2011, PERINGKAT DAERAH.

Majlis ini diadakan pada 16.04.2011 bertempat di SMKA Slim River. Ana ditugaskan sebagai hakim bahagian Hafazan..... Jadi ini ajelah gambor yang ada pada suasana majlis itu yang dapat dikongsikan. Untuk makluman sekolah ana dapat tempat ke 2 bahagian hafazan perempuan. Beliau akan mewakili daerah ke peringkat negeri yang akan diadakan pada..... tak tau....




                                                                     YANG ARIF....



Tuesday 12 April 2011

VIDEO SEMBELIHAN : TING 4 (PELAJARAN 14)

GAMBAR SAPI

Untuk anak2 kelas 4 tiara yang tak kenal sapi ini gambarnya. Cam betul-betul tau...

SOALAN HUKUM DAN ALASAN (HAJI)


Haji
1. . Ahmad telah memakai pakaian berjahit sebaik sahaja selesai melontar dan bercukur di Mina.
2.  Murad telah melakukan hubungan kelamin dengan isterinya selepas mencapai tahallul awal
3.  Ketika dalam ihram haji, Ramli telah mengerjakan Tawaf Rukun sebelum Wukuf di Padang Arafah
4.  En Amat yang sedang Wukuf di Padang Arafah telah memotong kukunya
5.  Umar berwuquf di Padang Arafah pada 8hb Zulhijjah selepas gelincir matahari
6.  Ketika mengerjakan haji, En Zakaria tidak mengerjakan tawaf Qudum
7.  Ketika menunaikan ibadat haji En Ismail mewakilkan kepada isterinya melakukan tawaf kerana uzur
8. Adam Wukuf di Arafah  jam 8.00 malam pada 9hb Zulhijjah hanya sebentar sebelum bertolak ke Muzdalifah
9. Semasa mengerjakan ibadat haji, Ahmad tidak melontar di Jamratul Aqabah pada 10hb Zulhijjah
10. Sekumpulan jemaah haji telah sampai di Padang Arafah selepas terbit fajar pada 10 Zulhijjah kerana tersesat.
11. Jemaah haji mengerjakan nafar awal tanpa melontar di ketiga-tiga jamrah pada 13 hb Zulhijjah
12. Ahmad memulakan tawaf dari sudut Iraqi
13. En. Ali terbatal wudhu’nya ketika sedang bersaei tetapi meneruskan saeinya sehingga selesai
14.  Fatimah menunaikan saei sedangkan ia berhadas besar
15. Oleh kerana cuaca sejuk Ali memakai setokin ketika dalam ihram                   
16. Shafiq melakukan tawaf di tingkat dua dalam masjidil Haram.
17. En. Hairi tidak sempat melakukan ibadat wuquf di Arafah
18. Rombongan Ali tiba di Muzdalifah pada jam 10.00 malam. Setengah jam kemudian rombongan beliau meneruskan  perjalanan menuju ke Mina.
19.En Ali telah menggunting rambutnya ketika dalam ihram dengan tujuan tahallul sebelum melontar Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah
20.Azmi tidak sempat melontar Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah kerana kesesakan lalu lintas.
21. Ahmad  melakukan tawaf sunat dalam keadaan berhadas besar.
22. Ketika dalam ihram haji, En Ramli telah mengerjakan Tawaf Rukun sebelum wuquf di Padang Arafah.
23. Ketika menunaikan ibadat haji, En Ismail mewakilkan kepada isterinya melakukan tawaf kerana uzur.
24. Ketika mengerjakan haji En Ishak yang uzur mewakilkan isterinya untuk melakukan wukuf.
25. En Ahmad melakukan nafar awal selepas melontar Jamratul Aqabah pada tengah malam 10 Zulhijjah

CARA-CARA BERWUDUK DAN TAYAMUM